Wednesday, April 16, 2008

BEBERAPA HARI SEBELUM PERGI MENINGGALKAN SEMUA


Gambar yang terakhir untuk abah Abd Latiff sebelum meninggal beberapa hari kemudian.

Yang menjadi kenanganku:-
Dalam tahun 1965 aku telah menyuruh abah membeli "spike"(kasut lari) kerana aku mewakili sekolah dalam olahraga di Kubu Stadium.Tetapi katanya tiada duit aku pun bertekad berlari kaki ayam.Selang setengah jam aku akan
mulakan larian, aku terdengar suara memanggil nama ku dan ku lihat abah datang membawa "kasut spike" untukku.Itu lah kenangan yang mengusik jiwaku hingga sekarang.
Abahku semasa hidupnya saorang ayah yang garang.Satu peristiwa yang tak
boleh aku lupakan semasa lembu jagaan ku tak balik ke kandang.Aku telah dipukul dan dilambung dibiarkan terhempas ke lantai.Kerana abah nampaknya lebih menyayangi lembu dari anaknya.Itulah Aba Latiff Sain saorang ayah yang garang dan very egoistic.Tapi ayah sekarang tak memukul tetapi mulut celupar sedikit.Anak tak bolih salah sikit nak menghalau aje......................jangan ada yang terasa pulak,,he he eh ehehehe .

2 comments:

KELUARGA ABD.LATIFF SAIN said...

yang paling menarik sehingga sekarang saya masih ingatkan atuk latiff ni ialah songkok ala jawa yang sentiasa dipakai olehnya. Nak tanya, ada sesiapa anak-anak tuk latiff yang menyimpan songkok jawa tu.

KELUARGA ABD.LATIFF SAIN said...

Songkok jawo tu dah di sodokah kek bini baru di Monggong