Thursday, November 20, 2008

Anak cucu Abd Latiff bergembira kepulangan..............

Hari perkahwinan Naim (8.11.08) adalah hari yang bersejarah buat keluarga ABDUL LATIFF,kerana kepulangan Aini Abd Latiff yang sepuluh tahun menyepi diri di Langkawi ,kerana tugas dan perniagaannya bersama suami yang tercinta.Alhamdulilillah di hari perkahwinan Naim Muhabad,Aini telah meluangkan masa untuk bersama meraikan hari perkahwinan itu bersama dua orang anaknya(namo tak ingek) .Hilang rasanya rindu adik beradik,anak saudara, serta ipar ipar yang menemui Aini buat pertama kalinya selepas 10 tahun.Alhamdulillah biarlah pertemuan ini di selalukan agar tiada rasa kerinduan di kalangan saudara mara. Sebak juga rasanya hati(maklumlah dan tuo.....kau dah tuo esok tahulah.....)mana tak rindu,bilo teringek masa kocik kocik dulu, masa bersama Omak dan Abah , makan bersama meretah anak ikan tamban goreng dan lauk ikan sawah yang di tebar oleh abah di sawah Tok Angkat........Alhamdulilllah dapek kembali bertemu semulo dengan adik beradik yang terpisah tanpa krisis
Begitu juga di hari yang bertuah itu, dapat bertemu dengan saorang anak saudara yang terakhirnya bertemu kira2 umurnya 5 atau 6 tahun dulu sekarang sudah mempunyai suami dan anak sulung.Beliau ialah anak kepada Che'su Ab Latiff ( Mak Ngah) yang Pak Long kenali sebagai Noi(tak ingek namo sebona...)bersama suaminya Harris.Begitulah betapa gembiranya hati Pak Long,Pak Chet serta Pak Teh melihat anak anak saudara yang dah mulai berjenaka dengan bapak2 saudara yang dulu bilo jumpo bapak saudara ontok yo, ini menunjukkan satu process kematangan .Kita mesti berbangga dengan "KELUARGA ABDUL LATIFF SAIN" dari zero sekarang telah mencapai tahap keluarga yang mebanggakan dengan saorang Phd holder dan beberapa lagi graduate dan ada yang kojo di Kementerian Kesihatan (bukan lah doktor tapi N 17 ajer.)ado dah berjaya dalam hidup masing2 dan ado graduate 'in the making."(dengan izin) Alhamadulillah..............dan pada anak anak saudara semuanya jangan berhenti memajukan diri dan menaikkan nama "KELUARAGA ABDUL LATIFF SAIN" pertamanya yang punyo girlfriend master holder tu ingek2 sikit untuk majukan diri.Pak Long harap jauhi segala sengketa,kenal kenalkan anak kepada sepupu sepupu supaya perhubungan masih intim dan jadikanlah "Blog" ini tempat petemuan saudara mara.(janganlah maleh nak upload.Upload apa saja boli keto baru pun boleh upload.........)
Ado lagi cerito bolom abih laaeei.Tajuk eeh samo tapi pelakun lain "JOJAK KASUT"
yo cerito eeh.Itulah tadi di katakan perkahwinan Naim ini ini mencatitkan sejarah.Pertamanya pengantin perempuan muntah2 (poning kepalo agak eeh......tapi dah nikah tak po lah).Keduanya ada dua peristiwa "jojak kasut'.Semua kes puluhan tahun.Cerito kedua ni ialah kepulangan Md Noh (adik Mek Nab ipar Uztaz Muhabad) yang buat pertama kalinya balik selepas membawa diri selama 12 tahun (kalau tak silap).Tapi yang peliknya abang ipar eeeh macam tak sodih,relex yo ,tetapi Pak Long percaya dalam hatinya di hujani tangisan yang lebat maklumlah di jaga saperti anak sendiri dari kecil lagi....Alhamdulillah semuanya beres mari kita bersama mendoakan agar kebersatuan "KELUARGA ABD LATIFF SAIN INI KEKAL DAN BERTAMBAH UTUH BUAT SELAMA LAMANYA dan pada Naim mari kita doakan agar bahagia suami isteri dan kekal ke akhir hayat.Kapada anak saudara yang dah kawin tu, agar mantain satu yo, ikut jojak apak2 sedaro, bolum ado keluarga "ABDUL LATIFF SEKALI PANDU DUO KETO tapi kalau terpandu "APO NAK DEN KATO' Salam sayang dari Pak Long.ASSALAMUALAIKUM

4 comments:

Mohd Taufik said...

Assalamualaikum & salam sejatera!! Nama saya Mohd Taufik Bin Abdullah suami kepada Mariam Bt kassim. walaupun kami bukan dari keluarga ABDUL LATIFF,sewaktu hari perkahwinan Naim kami terasa sebahagian dari keluarga tersebut. Dan kami sekeluarga ingin mengucapkan jutaan terima kasih pada Abang sekeluarga & Muhabbad sekeluarga atas layanan yg tak terbalas!! Saya sekeluarga akan sentiasa mendoakan agar keluarga ABDUL LATIFF akan sentiasa dilindunggi Allah selalu hendaknya!! Keep up the good work & may Allah look after U always!!!

moctiff said...

A'kum..
Bukan anak sedara yang ontok tapi pak-pak sedaro yang sombong dulu..kiki.. mana nak tegor kami yang selekeh dulu..(denin ipoh)

KELUARGA ABD.LATIFF SAIN said...

Wah dah bosa pandai Denin menjawap yo..begitulah gara2 kemesraan.

KELUARGA ABD.LATIFF SAIN said...

Fik dan keluarga di sini abang mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas kebersamaanmu di dalam apa jua majlis KELUARGA ABDUL LATIFF dan kami pun dah menganggap kamu sekeluarga dah macam keluarga kami.Kami hargai keikhlasan yang telah di sumbangkan,biarlah ianya kekal sehingga akhir hayat....salam dari KELUARGA ABDULLATIFF SAIN